Thursday, January 29, 2009

PESTA PEMUDA

Sabtu 27.2.2009 - Pemuda Cawangan TJJ bercadang mengadakan PESTA PEMUDA bagi merapatkan hubungan sesama ahli. Antara acara yang akan diadakan ialah aktiviti Pemuda Niaga, Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Kumpulan Muzik (Band). Acara ini adalah dengan kerjasama Pemuda Bahagian Pasir Gudang.

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya.

Sembang-sembang AJK

Pada 24.1.2009 (Sabtu) Jam 9.00 malam bertempat di Bilik Gerakan UMNO TJJ, Ketua Cawangan, Timbalan Ketua dan beberapa orang AJK telah menghabiskan masa dengan berbincang hal-hal berhubung pengurusan cawangan. Hasil perbincangan itu satu mesyuarat akan diadakan pada 7 Februari 2009 (Sabtu) Jam 8.00 malam. Antara agenda mesyuarat ialah pelantikan Pegawai dan AJK Tambahan dan Takwim Aktiviti bagi sesi 2009.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Monday, January 5, 2009

Sambutan Maal Hijrah




Pergerakan Wanita UMNO Cawangan TJJ telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1430 pada 2 Januari 2009 bertempat di Bilik Gerakan UMNO Cawangan TJJ.


Penceramah jemputan ialah Al Ustaz Muliadi Bin Umat dari Pengerang, Kota Tinggi ,Johor.




Turut hadir ialah Tn. Hj. Taib B. Tokiyat Ketua Cawangan, Tn. Hj. Zainal B. Yassir Timb. Ketua Cawangan serta AJK dan para jemputan.




























Saturday, January 3, 2009

Gotong Royong Bersihkan Bilik Gerakan UMNO Cawangan

Pada 1 Jan 2009 Pergerakan Wanita UMNO Cawangan ini telah menjalankan gotong royong bagi memastikan Bilik Gerakan dan persekitarannya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Aktiviti ini adalah sebagai persiapan untuk mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada 2 Jan 2009 (Jumaat) Jam 9.00 malam.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Taib Ketua Cawangan dan beberapa orang AJK cawangan serta Cik gu Wan bekas SU Cawangan.

Semua yang hadir berpuas hati dengan semangat gotong royong yang ada ibarat kata pepatah "yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing"