Saturday, January 3, 2009

Gotong Royong Bersihkan Bilik Gerakan UMNO Cawangan

Pada 1 Jan 2009 Pergerakan Wanita UMNO Cawangan ini telah menjalankan gotong royong bagi memastikan Bilik Gerakan dan persekitarannya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Aktiviti ini adalah sebagai persiapan untuk mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada 2 Jan 2009 (Jumaat) Jam 9.00 malam.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Taib Ketua Cawangan dan beberapa orang AJK cawangan serta Cik gu Wan bekas SU Cawangan.

Semua yang hadir berpuas hati dengan semangat gotong royong yang ada ibarat kata pepatah "yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing"

No comments: