Saturday, June 20, 2009

PERSIDANGAN CAWANGAN TAHUN 2009

UMNO Cawangan Taman Johor Jaya akan mengadakan persidangan seperti maklumat berikut :-

  • Tarikh 28.6.2009 Ahad
  • Pukul 3.00 petang
  • Di Bilik Gerakan Cawangan Jalan dedap 45, Taman Johor Jaya

Semua Ahli di jemput hadir untuk menyemak status bayaran yuran bagi mendapat kepastian hak mengundi dalam persidangan. Ahli yang belum jelas yuran hanya boleh hadir dengan status sebagai pemerhati.

Sumber : Tn. Haji Taib Tokiyat (Ketua Cawangan)

Monday, April 27, 2009

Sumbangan Berita

Tuan/Puan Ahli UMNO TJJ,

Buat masa ini saya masih menjadi AJK UMNO Cawangan TJJ dan menguruskan blog ini. Walau bagaimanapun saya kini tinggal di Seremban dan jarang dapat balik ke JB. Lantaran itu jika ada apa-apa berita bolehlah kirim melalui email saya wan_ismail@email.com untuk dipost ke dalam blog ini.

2. Sumbangan tuan/puan dialu-alukan

WAN ISMAIL WAN MOHAMED
AJK CAWANGAN
UMNO TAMAN JOHOR JAYA

Friday, April 17, 2009

18.4.2009

8.30 MALAM

BILIK GERAKAN UMNO CAWANGAN TJJ

SEMUA AHLI DAN PENDUDUK TJJ DIJEMPUT HADIR

Thursday, January 29, 2009

PESTA PEMUDA

Sabtu 27.2.2009 - Pemuda Cawangan TJJ bercadang mengadakan PESTA PEMUDA bagi merapatkan hubungan sesama ahli. Antara acara yang akan diadakan ialah aktiviti Pemuda Niaga, Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Kumpulan Muzik (Band). Acara ini adalah dengan kerjasama Pemuda Bahagian Pasir Gudang.

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya.

Sembang-sembang AJK

Pada 24.1.2009 (Sabtu) Jam 9.00 malam bertempat di Bilik Gerakan UMNO TJJ, Ketua Cawangan, Timbalan Ketua dan beberapa orang AJK telah menghabiskan masa dengan berbincang hal-hal berhubung pengurusan cawangan. Hasil perbincangan itu satu mesyuarat akan diadakan pada 7 Februari 2009 (Sabtu) Jam 8.00 malam. Antara agenda mesyuarat ialah pelantikan Pegawai dan AJK Tambahan dan Takwim Aktiviti bagi sesi 2009.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Monday, January 5, 2009

Sambutan Maal Hijrah




Pergerakan Wanita UMNO Cawangan TJJ telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1430 pada 2 Januari 2009 bertempat di Bilik Gerakan UMNO Cawangan TJJ.


Penceramah jemputan ialah Al Ustaz Muliadi Bin Umat dari Pengerang, Kota Tinggi ,Johor.




Turut hadir ialah Tn. Hj. Taib B. Tokiyat Ketua Cawangan, Tn. Hj. Zainal B. Yassir Timb. Ketua Cawangan serta AJK dan para jemputan.




























Saturday, January 3, 2009

Gotong Royong Bersihkan Bilik Gerakan UMNO Cawangan

Pada 1 Jan 2009 Pergerakan Wanita UMNO Cawangan ini telah menjalankan gotong royong bagi memastikan Bilik Gerakan dan persekitarannya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Aktiviti ini adalah sebagai persiapan untuk mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada 2 Jan 2009 (Jumaat) Jam 9.00 malam.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Taib Ketua Cawangan dan beberapa orang AJK cawangan serta Cik gu Wan bekas SU Cawangan.

Semua yang hadir berpuas hati dengan semangat gotong royong yang ada ibarat kata pepatah "yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing"